04 July 2007

ReVIEW wAyAng YAnG pAlIng GeREk!!


JANGAN PANDANG BELAKANG



Apabila Darma mendapat berita tentang Rose, tunang kesayangannya. Seri, kembar
Rose, ade mendapat mesej daripadanya sebelum dia meninggal dunia dan beri kepada darma. Dari situlah mereka tidak percaya bahawa rose membunuh dirinya sendiri. Mereka pun mencari-cari lembaga apa yang mengacau rose. Akhirnya soalan-soalan ini semua telah dijawab. Rose dikacau kerana dia membawa balik sebuah botol tembikar di tepi pantai bersama Seri dan Darma. Seri menyuruh Rose membuang botol itu tetapi dia tidak mahu dengar cakap seri. Dia membawa pulang ke rumahnya dan lembaga itu pun mengacau dia.Ceritanya mempunyai jalan cerita yang amat baik sekali,"Sound Effects"Nya pula,amat menyeramkan ya.Ia akan membuat setiap penonton di pawagam menjerit ketakutan.Jadi,inilah wayang yang anda harus tonton.Atau anda boleh mendapatkannya dalam bentuk VCD atu CD di kedai terdekat anda!

Rating Filem:5*


QABIL KHUSRY QABIL IGAM

Ahh! kalau anda peminat cerita sedih, ya inilah sebuah filem yang anda harus menonton Qabil Khusry Qabil Igam. Cerita ini tentang dua adik beradik kembar bernama Qabil Khusry dan Qabil Igam. Pada hari perkahwinan mereka, Igam ditangkap oleh polis apabila dia ke kedai untuk megambil baju kahwinnya. Polis memeriksa keretanya ketika dia mahu pulang ke rumah dan ternampak beberapa paket dadah di dalam keretanya. Akhirnya, perkahwinnya dibatalkan dan tunangnya dipaksa berkahwin dengan seseorang lelaki yang kaki pukul. Khusry, abangnya, tidak mahu kahwin tanpa adiknya tetapi dia harus kerana pelamin semua sudah dipasang. Beberapa bulan kemudian, Igam dilepas dan dia tetap mengambil dadah itu. Ayahnya meninggal dunia kerana sakit jantung apabila ditolak oleh Igam yang sangat tertarik kepada dadah. Ibunya berasa sedih dan berkata bahawa Igam bukan anaknya lagi...
Hmm... Sedihkan cerita ini..Anda boleh juga mendapatkan cerita ini dalam bentuk VCD dan CD dikedai terdekat anda...

Rating Filem:5*


Dibuat oleh:
Mardhiah dan Farah

No comments: